''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
''WAHAI orang yang beriman! Jika kamu menolong (membela agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu mencapai kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu''. - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Muhammad, ayat 7.
DUTA Bahasa merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka yang berusaha dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam memperkasakan Bahasa Melayu baik di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa. Duta bahasa ini akan menjadi suri teladan khususnya bagi generasi baharu di negara ini, di samping menjadi penyuntik semangat kepada masyarakat untuk menggunakan Bahasa Melayu secara menyeluruh. Duta Bahasa pertama kali diberikan sempena Sambutan Bulan Bahasa 2015.
SUMBER : http://www.dbp.gov.bn/
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam