Manage PermissionsManage Permissions

Berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Fililpina



Oleh : Aimi Sani / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Md. Ali




BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Meynardo LB. Montealegre yang akan menamatkan perkhidmatan. 


Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 Mei 2015. 


Majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.


Close