Manage PermissionsManage Permissions

Berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia



Siaran Akhbar : Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo berikutan dengan serangan-serangan bom ke atas tiga buah gereja dan sebuah balai polis di Surabaya yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan orang awam.

 

Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda berasa sedih mengetahui tentang berita mengenai kejadian serangan-serangan letupan bom berkenaan.

 

Baginda berserta kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam ingin menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.



Close