Manage PermissionsManage Permissions

DPMM berangkat ke Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Perayaan Kebawah DYMM Ke-72 Tahun



Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Masri Osman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Penaung Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun berkenan berangkat ke Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018, bertempat di Bangunan JPM, di sini.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018 dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna, Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018.

 

DYTM seterusnya dijunjung untuk sesi bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun bagi Tahun 2018.

 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta Doa Selamat dipimpin oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan seterusnya sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan.

 

DYTM kemudiannya berkenan mengurniakan sabda.

 

Seterusnya, mesyuarat mendengarkan laporan mengenai dengan persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan acara-acara utama serta suasana Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun seperti Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam dan Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Daerah-daerah bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat serta penduduk.

 

Mesyuarat juga mendengarkan laporan mengenai dengan persediaan Majlis Doa Kesyukuran, Istiadat Perbarisan Kehormatan, Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah-daerah serta Majlis Khatam Al-Quran Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara adalah seperti berikut :

 

1. Sabtu, 1 Zulkaedah 1439 / 14 Julai 2018 - Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara dengan penumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

 

2. Ahad, 2 Zulkaedah 1439 / 15 Julai 2018 - Istiadat Perbarisan Kehormatan Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan (Sebelah Pagi).

 

   Ahad, 2 Zulkaedah 1439 / 15 Julai 2018 - Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Istana Nurul Iman (Selepas Istiadat Perbarisan Kehormatan).

 

3. Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018 - Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong (Sebelah Pagi).

 

4. Sabtu, 8 Zulkaedah 1439 / 21 Julai 2018 - Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Belait, Padang Bandaran, Kuala Belait (Sebelah Pagi).

 

5. Selasa, 11 Zulkaedah 1439 / 24 Julai 2018 - Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong, Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar (Sebelah Pagi).

 

6. Ahad, 16 Zulkaedah 1439 / 29 Julai 2018 - Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan (Sebelah Pagi).

 

7. Khamis, 20 Zulkaedah 1439 / 2 Ogos 2018 - Majlis Khatam Al-Quran Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Penuntut-penuntut Seluruh Negara, Istana Nurul Iman (Sebelah Petang).

 

8. Ahad, 30 Zulkaedah 1439 / 12 Ogos 2018 - Regatta Brunei Darussalam.



Close