Manage PermissionsManage Permissions

DPMM berkenan menerima mengadap



‚ÄčOleh : Khartini Hamir / Foto : Masri Osman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Director-General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri.

 

Menyertai rombongan Tuan Yang Terutama ialah Director of External Relations and Cooperation, ISESCO, TYT Dr. Ahmad Said Bah.

 

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.



Close