Manage PermissionsManage Permissions

NBD-ISESCO berhasrat kukuhkan kolaborasi



​Siaran Akhbar dan Foto : Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pendidikan





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Julai. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada Director - General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri yang berpusat di Rabat, Maghribi, yang mengadakan lawatan kerja di Negara Brunei Darussalam.


Dengan adanya lawatan tersebut, Tuan Yang Terutama Dr. Abdulaziz berhasrat untuk memperkukuhkan lagi kolaborasi yang sedia ada dan pada masa akan datang di antara Pertubuhan ISESCO dengan Negara Brunei Darussalam.


Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.


TYT Dr. Abdulaziz menekankan kepentingan hubungan rapat di antara ISESCO dan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan sebagai fokal ISESCO di Negara Brunei Darussalam.


Antara perkara yang telah dibincangkan semasa kunjungan tersebut adalah bidang kerjasama yang berpotensi khususnya sains dan teknologi, industri halal, 'renewable energy' dan pendidikan Abad Ke-21 yang memfokus kepada pemimpin sekolah dan guru berkualiti.


Selepas kunjungan tersebut, TYT Dr. Abdulaziz berpeluang untuk membuat lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) untuk membincangkan lebih lanjut mengenai kolaborasi dalam pengajian tinggi disertakan dengan lawatan ke UBD Botanical Research Centre.


Antara program lawatan kerja tersebut, TYT Dr. Abdulaziz juga akan membuat kunjungan ke Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan ke Universiti Teknologi Brunei (UTB). Program akan diteruskan lagi dengan lawatan ke beberapa mercu tanda kebudayaan kebangsaan Negara Brunei Darussalam seperti Pusat Sejarah Brunei dan Muzium Alat Kebesaran Diraja.



Close