Manage PermissionsManage Permissions

Pelantikan tiga Setiausaha Tetap baharu




 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 Julai. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi perubahan nama Kementerian Tenaga (Energy) dan Perindustrian menjadi Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

 

Sehubungan dengannya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan beberapa orang Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian seperti berikut: Yang Mulia Awang Haji Zolkiflee bin Haji Abdul Karim dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Tenaga Manusia), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian; Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Yahya, dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Tenaga) Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian dan Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Perindustrian), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

 

Tarikh perubahan nama Kementerian dan pelantikan pegawai-pegawai kanan berkenaan akan berkuatkuasa pada hari Selasa, 18 Zulkaedah 1439 bersamaan 31 Julai 2018.


Close