Manage PermissionsManage Permissions

Pelantikan Peguam Negara, Timbalan Menteri Pembangunan, Pegawai-pegawai kanan baharu






BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Ogos. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah untuk melantik :

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Besar, Yang Arif Dato Paduka Awang Haji Hairol Arni bin Haji Abd. Majid menjadi Peguam Negara bagi menggantikan Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh dan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menjadi Timbalan Menteri Pembangunan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga mengurniakan titah perintah terhadap pelantikan beberapa orang pegawai kanan seperti berikut :

 

1. Kementerian Pertahanan :

 

i) Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 265 Brigadier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah dilantik menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.

 

ii) Pegawai Pentadbir Kanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.

 

iii) Pegawai Tugas-Tugas Khas, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.

 

2. Kementerian Pembangunan :

 

i) Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak dilantik menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

 

ii) Ketua Pengarah Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dilantik menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

 

iii) Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Norhayati bin Haji Mohammad Yaakob dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

 

iv) Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

 

3. Kementerian Pendidikan :

 

i) Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Haji Ahmad dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

 

ii) Dekan Fakulti Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

 

iii) Pengarah dan Pegawai Eksekutif Institute of Brunei Technical Education (IBTE), Dr. Chin Wei Keh dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

 

4. Pejabat Peguam Negara :

 

i) Ketua Penasihat Undang-Undang, Dayang Zuraini binti Haji Sharbawi dilantik menjadi Peguamcara Negara bertarap Timbalan Setiausaha Tetap bagi menggantikan Awang Haji Mohd. Yusree bin Haji Junaidi.

 

Tarikh pelantikan Peguam Negara dan Timbalan Menteri serta pegawai-pegawai kanan berkenaan akan berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 28 Zulkaedah 1439 bersamaan 10 Ogos 2018.


Close