Manage PermissionsManage Permissions

PPDB - PK Tutong adakan perbincangan, muzakarah



​Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

 



 

TUTONG, Khamis, 9 Ogos. - Pengawasan Kejiranan (PK) Daerah Tutong dan Daerah Polis Tutong berbincang serta bermuzakarah yang antara lain menyentuh mengenai statistik tiga bulan kebelakangan berkenaan laporan-laporan jenayah dan lalu lintas yang diterima di Balai Polis Tutong dan Lamunin.

 

Sesi Perbincangan dan Muzakarah PK bagi Daerah Tutong berlangsung di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, kelmarin.

 

Mempengerusikan muzakarah tersebut ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Suhairi bin Haji Sukri serta pegawai-pegawai polis dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Tutong.

 

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai dan Yang Berhormat Awang Haji Abd. Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; para-para Penasihat PK yang terdiri daripada Penghulu-penghulu Mukim dan wakil pegawai-pegawai kerajaan dari Institusi Mukim dan Kampung Pejabat Daerah Tutong; Jabatan Elektrik; Ketua Biro Kawalan Narkotik, Tutong dan dari Jabatan Kerja Raya, Tutong.

 

Juga diadakan percambahan fikiran dalam mengatur strategi-strategi baharu yang lebih efisien dan efektif dalam membentuk kerjasama penduduk setempat membasmi serta mencegah gejalan-gejala negatif mahupun jenayah berlaku di persekitaran perkampungan di Daerah Tutong.

 

Objektif perjumpaan yang dikendalikan adalah bagi meningkatkan semangat kejiranan, kepercayaan dengan cara muhibah serta menanamkan sikap peduli dan tidak camah mata.



Close