Manage PermissionsManage Permissions

Pelihara warisan negara



‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 



RIMBA, Khamis, 9 Ogos. - Lebih 100 pelajar Tahun 10 dan 11 Sekolah Menengah Rimba (SMR) menghadiri Program Muziumku, Warisanku yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium di dewan sekolah tersebut, di sini.

 

Program dibahagikan pada dua sesi, iaitu sesi pertama, diisikan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Penerbitan juga Pemangku Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, Dayang Erna binti Haji Omar, yang antara lain menjelaskan mengenai pelbagai galeri dan muzium yang terdapat di negara ini serta maklumat penting berkaitan dalam memelihara warisan negara Brunei.

 

Sesi kedua pula diisikan dengan pameran serta tunjuk cara permainan tradisi Brunei seperti Pasang, Congkak, Simban dan lain-lain yang dikendalikan oleh pegawai juga kakitangan Jabatan Muzium dengan tujuan untuk mendedahkan murid-murid pada permainan tradisi di negara ini.

 

Antara tujuan acara tersebut diadakan ialah untuk memberikan pendedahan pada warisan Brunei serta bangunan muzium di negara ini kepada murid-murid sekolah, dalam usaha untuk menanamkan rasa cinta dalam kalangan mereka terhadap warisan budaya Negara Brunei Darussalam.

 

Hadir pada program tersebut, Pengetua SMR, Awang Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof.



Close