Manage PermissionsManage Permissions

Buku Pelan Pengurusan JPPK dilancarkan



‚ÄčOleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hamzah Mohidin





BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 September. - Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof telah melancarkan Pelan Pengurusan Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (JPPK) dan menyampaikan Sijil Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 kepada JPPK.


Majlis diadakan di Dewan Wira Seni, Bangunan Pancaragam ABDB, Bolkiah Garison.


Sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pertahanan untuk bekerja rapat dengan agensi dan kementerian lain dalam pendekatan keseluruhan kerajaan, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Dr. Rohaniyati binti POKS Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh dan Pemangku Jurutera Kerja Kanan dari Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan, Iskandar bin Haji Timbang telah dijemput untuk berkongsi pengetahuan mengenai Pelan Pengurusan dan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015.


Pelan Pengurusan JPPK bertujuan untuk membimbing JPPK dalam merealisasikan visi mereka, dengan memperkenalkan dan mengemaskini objektif-objektif yang akan menggalakkan keputusan yang lebih baik dan cekap, pelaburan yang kos efektif dan penyelesaian yang sesuai bagi tujuan tersebut. Ia juga berfungsi sebagai hala tuju untuk meningkatkan proses pentadbiran dan kecekapan teras profesional JPPK dalam lima tahun yang akan datang, bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka di Kementerian Pertahanan dan ABDB. Dalam ucapan beliau pada hari ini, Menteri Pertahanan II berharap dapat menyaksikan sumbangan dan kemajuan ke arah objektif JPPK.


Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: 2015 yang dianugerahkan kepada JPPK mengesahkan bahawa jabatanarah ini telah menunjukkan kemampuannya dalam menyediakan secara konsisten produk dan perkhidmatan yang sewajar dengan piawaian antarabangsa, melaksanakan strategi yang dirancang secara berkesan dan mempunyai sistem pengurusan yang boleh mencapai matlamat, objektif dan keperluan Kementerian. Ini merupakan kali kedua JPPK telah mencapai pensijilan ISO 9001, setelah menerima pensijilan ISO 9001: 2008 pada tahun 2009.


Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah; dan Pengerusi / Pengarah Bureau Veritas Brunei, Dr. Haji Kamaruddin Dato Seri Paduka Haji Talib.



Close