Manage PermissionsManage Permissions

Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap



Oleh : Aimi Sani / Foto : Hamzah Mohidin





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Turki, Tuan Yang Terutama Mevlut Cavusoglu.


Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.


Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Turki ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun dan Penasihat Khas Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Turki, Tuan Ali Onaner.


Juga hadir di Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Hajah Dayang Siti Norishan binti Haji Abdul Ghafor.


Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Turki telah dijalin pada 27 Jun 1984.


Semenjak itu, kedua-dua buah negara bekerjasama secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pelancongan.



Close