Manage PermissionsManage Permissions

Menerima mengadap Utusan Perdagangan United Kingdom



Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Masri Osman





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Utusan Perdagangan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Paul Scully MP yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan kerja.


Majlis tersebut telah berlangsung di Qashr Al-Meezan.


Semasa perjumpaan tersebut, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Tuan Paul Scully MP bertukar pandangan mengenai usaha untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom di dalam bidang ekonomi dan perdagangan.


Menyertai Tuan Paul Scully MP pada Majlis Mengadap itu ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay.


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Setiausaha Tetap (Ekonomi) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi II, Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin.



Close