Manage PermissionsManage Permissions

Kebawah DYMM Raja Isteri berkenan menerima mengadap



Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani \ Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam hari ini berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian yang akan menamatkan perkhidmatan.

 

Puan Yang Terutama menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Isnin, 26 Januari 2015.

 

Majlis Menghadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.



Close