Manage PermissionsManage Permissions

Terima kunjungan hormat Executive Director UNODC



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan

 



 

BERAKAS, Rabu, 5 Disember. - Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara menerima kunjungan hormat daripada Executive Director of United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Director - General of the United Nations Office in Vienna, Tuan Yury Fedotov yang memegang pangkat selaku Under-Secretary General of the United Nations.

 

Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua mengalu-alukan kedatangan Tuan Yury Fedotov ke Negara Brunei Darussalam dan seterusnya bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan mandat dan aktiviti-aktiviti UNODC di Asia Tenggara, termasuk membanteras jenayah dadah dan penyeludupan manusia, jenayah siber, rasuah dan keganasan lain.

 

Tuan Yury Fedotov berada di negara ini bertujuan membuat perjumpaan dan melawat Menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan lain.



Close