Manage PermissionsManage Permissions

Pesta Pengguna Ke-22 bermula 23 Januari



Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 Januari. - D'Sunlit Sendirian Berhad selaku penganjur Pesta Pengguna Ke-22 (22nd Consumer Fair - CF 22) mengadakan sesi taklimat bagi peserta yang bakal menyertai pameran tersebut.

 

Taklimat-taklimat yang berlangsung di Pejabat D'Sunlit Sendirian Berhad di sini disampaikan oleh wakil penganjur CF 22 yang antara lain menyentuh mengenai maklumat terkini pesta berkenaan, logistik dan peraturan CF 22 yang akan bermula 23 hingga 27 Januari 2019, bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa.

 

Sebanyak 400 petak pameran disediakan bagi penyertaan 180 peserta tempatan dan antarabangsa sepanjang CF 22 selama lima hari itu nanti.

 

CF 22 akan dibuka bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, kecuali Jumaat, di mana ia akan ditutup sementara dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang bagi solat Jumaat.

 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan, antaranya segmen 'Rush Hour' bagi orang ramai untuk ambil dan simpan barangan daripada 'vendor' berlainan di zon berlainan dalam peruntukan masa hanya satu jam.

 

Selain itu, terdapat juga kejutan yang lebih besar lain di CF 22 itu nanti dan pastikan untuk membawa beg beli-belah dan berkunjunglah ke CF 22. Rush Hour bagi Purple Zone and Concourse Area ialah jam 2.30 hingga 3.30 petang; Yellow Zone dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang; dan Blue Zone dan Green Zone mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

 

CF yang mula diperkenalkan pada tahun 2008 sentiasa berusaha dengan motif menyediakan platform sempurna untuk mempromosikan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan mereka secara terus kepada para pengguna.

 

Di samping itu, ia juga antara usaha pihak penganjur menyediakan platform untuk pertukaran pengetahuan perniagaan di antara peserta pameran tempatan dan antarabangsa.

 


Close