Manage PermissionsManage Permissions

Kebawah DYMM berkenan utus tahniah bersempena Hari Kebangsaan Iran







BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Dr. Hassan Rouhani dan kerajaan serta rakyat Republik Islam Iran bersempena dengan Hari Kebangsaan Republik lslam Iran.

 

Dalam titah perutusan kepada Tuan Yang Terutama Dr. Hassan Rouhani, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan kegembiraan ke atas persahabatan yang akrab yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing, dan berharap pertalian yang bernilai ini dapat diperkukuhkan di tahun-tahun mendatang, di bidang kerjasama dua hala dan antarabangsa.

 

Pada mangakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan mengurniakan kesihatan dan kegembiraan kepada Tuan Yang Terutama dan rakyat Republik Islam Iran akan terus memperolehi kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.

 


Close