Manage PermissionsManage Permissions

Keberangkatan Muhibah YDP Agong Malaysia kukuhkan hubungan dua hala



Oleh: Aimi Sani / Foto: Masri Osman

 




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (Ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat tiba  bagi memulakan Keberangkatan Muhibah selama dua hari ke negara ini.

 

Berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri  Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Sebelum berangkat meninggalkan lapangan terbang, Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat melintasi Perbarisan Kawalan Kehormatan Statik yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 


Close