Manage PermissionsManage Permissions

Dorong golongan belia berakhlak Al-Quran



Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 10 Februari. - Golongan belia berperanan penting dalam masyarakat dan negara untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dengan penghayatan serta mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Perincian tersebut adalah antara yang dikongsikan dalam tazkirah subuh, Program mingguan "Masjidku Ma'mur, Negara Berkat" di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini, yang dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Tazkirah edisinya kali ini bertajuk 'Peranan Belia Dalam Menjayakan Wawasan Negara' disampaikan oleh Penolong Pegawai Buku Teks dan Kurikulum di Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Awang Haji Mohammad Khairul Azhar bin Idris.

 

Turut disentuh pada tazkirah tersebut ialah peristiwa besejarah hijrah Baginda Rasulullah yang merakamkan kepentingan dan keberkesanan peranan dan sumbangan belia dalam menjayakan sesuatu usaha, di samping pentingnya golongan ini mempunyai akhlak mulia yang berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran.

 

Hadir bersama-sama para jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap di JPM, Awang Haji Roslan bin Haji Taja'ah; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 


Close