Manage PermissionsManage Permissions

Kedutaan Kuwait serahkan sumbangan kepada Pusat Ehsan



Berita dan Foto : Aimi Sani

 



 

BENGKURONG, Isnin, 11 Februari. - Kedutaan Kuwait di Negara Brunei Darussalam  menyerahkan sumbangan berupa sebuah kenderaan kepada Pusat Ehsan Al-Amerah Al-Hajjah Maryam yang berlangsung di bangunan baharu pusat berkenaan di Kampung Bengkurong, di sini.

 

Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Al-Mutairi dan diserahkan kepada Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Alimin bin Haji Abdul Wahab dan Pemegang Amanah Eksekutif Pusat berkenaan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

 

Di kesempatan itu, TYT Salah Al-Mutairi menyatakan kebahagiaannya kerana dapat ikut serta membuat kegiatan amal sedemikian dan seterusnya menekankan bahawa ia bukan sahaja memberikan bantuan material kepada Pusat Ehsan tetapi lebih penting lagi untuk membantu mewujudkan kesedaran serta memberikan bantuan kemanusiaan bagi yang memerlukan.

 

Pusat Ehsan merupakan sebuah badan amal bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan serta menyediakan pembelajaran khas yang bermutu, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota kepada insan-insan istimewa di negara ini.

 

Setakat ini, Pusat Ehsan mempunyai 200 penuntut istimewa berdaftar di Pusat Ehsan, Bengkurong, manakala lebih 50 lagi berdaftar di Pusat Ehsan, Kuala Belait.

 


Close