Manage PermissionsManage Permissions

Jabatan Penerangan teruskan usaha semai semangat patriotik




Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Noraisah Mohammed

 

 



SERIA, Isnin, 11 Februari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Belait mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bertempat di Bilik Perpustakaan St. Angela, di sini.

 

Taklimat dihadiri oleh Pengetua St. Angela, Chea Wann Ching, Tenaga pengajar serta para penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan.

 

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara serta mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui lagu kebangsaan dan bendera negara.

 

Antara pengisian program ialah Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Penerangan Belait Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin yang antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

 

Turut ditayangkan ialah beberapa klip video, iaitu 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara'; 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

 

Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

 

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.

 


Close