Manage PermissionsManage Permissions

Pembayaran cukai bangunan melalui Mobile Application



Laporan : Hajah Zabaidah Haji Salat \ Foto : Masri Osman, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 Mac. - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr). Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika memberikan Ucapan Mukadimahnya bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari keempat Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Dewan Persidangan MMN, di Bangunan Dewan Majlis, di sini menjelaskan bahawa bagi membantu meningkatkan kutipan hasil cukai bangunan, KHEDN melalui Jabatan-Jabatan Bandaran telah memperkenalkan inisiatif pembayaran cukai bangunan melalui Mobile Application pada bulan November 2018, yang mana  diharap lebih banyak pembayaran cukai akan dikutip melalui kaedah ini selain dari usaha-usaha pembarigaan dan jerayawara ditingkatkan.


Hasil dari inisiatif tersebut menurut Yang Berhormat, pengutipan hasil cukai bangunan khususnya, cukai semasa dan cukai yang tertunggak. Bagi tempoh dari 1 April 2018 sehingga 31 Januari 2019, pengutipan hasil cukai semasa bagi ketiga-tiga Jabatan Bandaran ialah sebanyak BND6,253,135.64 manakala pengutipan hasil cukai yang tertunggak adalah sebanyak BND3,912,089.71. Purata pencapaian bagi ketiga-tiga Bandaran ialah 38.89% dan ianya belum mencapai sasaran yang dikehendaki, iaitu 60%.


Walau bagaimanapun, jelas Yang Berhormat, bagi Tahun Kewangan 2019/2020, KHEDN akan memfokuskan peruntukan yang disediakan kepada usaha-usaha meningkatkan prasarana, dengan kerjasama beberapa agensi dan sektor swasta di mana telah dikenal pasti beberapa projek di dalam kawasan Bandar Seri Begawan.

Projek-projek ini dilaksanakan menerusi kaedah Public Private Partnership yang diharap boleh meringankan bebanan kerajaan sambil menjimatkan serta menguntungkan pihak kerajaan, swasta dan juga orang ramai, di samping akan dapat membukakan peluang penglibatan pengusaha tempatan dan juga pelabur asing.


Selain itu, jelas yang Berhormat ialah Projek Revitalisasi Kampong Ayer bertujuan untuk mengindahkan kawasan Kampong Ayer dan seterusnya meningkatkan 'connectivity' di antara sungai dan darat. Bagi projek tersebut, sebanyak 153 buah rumah di Mukim Saba khususnya akan dibina.


Manakala Projek Revitalisasi Pusat Perniagaan (CBD). Taman Makhota Jubli Emas (TMJE) pula, jelas Yang Berhormat, telah menjadi nilai tambah dan faktor tarikan orang ramai dan pelancong ke Central Business District (CBD) yang dijangka boleh dilihat membantu mengembangkan kepelbagaian ekonomi pada jangka masa yang panjang, selain dari taman ini akan meningkatkan nilai hartanah, menarik lebih banyak pelaburan serta menggalakkan aktiviti berasaskan budaya dan warisan.


Projek ini juga jelas yang Berhormat, akan dapat juga menyumbang kepada kualiti hidup dalam semua aspek dan juga menjadikan Bandar Seri Begawan lebih 'vibrant'.



Close