Manage PermissionsManage Permissions

Gaia johan Eco Race




Oleh : Nooratini Haji Abas \ Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 April. - Pasukan Gaia muncul johan pada acara Eco Race sempena Bandarku Ceria, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Sementara pasukan Wek dan pasukan J Cole masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

 

Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari selaku Pengasas Bersama dan Pengarah Penglibatan Komuniti Brunei Hijau (Green Brunei).

 

Pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing menerima hadiah wang tunai BND250, BND200 berserta baucer makan sebanyak BND20 di Restauran I-Lotus dan baucer makan BND10 di Caffè Bene untuk dua orang.

 

Manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai BND150 berserta baucer makan BND10 di Caffè Bene untuk dua orang.

 

Seramai 44 peserta, berumur 15 tahun ke atas menyertai acara yang diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar melalui satu siri tema-eko yang mencabar mengenai kelestarian, kehilangan biodiversiti, perubahan iklim dan sebagainya.

 

Acara Green Brunei ditaja oleh Studio Eleve' Sendirian Berhad, Brunei Gas Carrier Sdn. Bhd. (BGC), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan disokong oleh Cultivate Bistro, D'Sunlit Sdn. Bhd., Gong Cha dan I-Lotus.



Close