Manage PermissionsManage Permissions

Raikan penubuhan Jabatan Penjara



Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 14 April. - Jabatan Penjara dengan kerjasama Jawatankuasa Aftercare Brunei Darussalam dan Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam serta pihak yang berkenaan dari Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengungkayahkan Larian Reintegrasi Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara ke-65 Tahun yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Turut hadir, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan, diikuti dengan pelepasan peserta-peserta bagi semua kategori larian oleh tetamu kehormat.

 

Di samping acara larian, Jabatan Penjara juga telah mengadakan acara-acara sampingan seperti 'booth' pameran aktiviti-aktiviti dan jualan produk kraf tangan Penghuni serta acara sukan ria keluarga bagi orang ramai yang diungkayahkan oleh wakil dari setiap institusi-institusi di Jabatan Penjara.

 

Tema Larian iaitu 'Ke Arah Perubahan Yang Lebih Baik' (Change For Better) adalah hasrat pihak jabatan supaya Rakan Seliaan (Bekas Penghuni) akan menjadi orang yang berguna dan bertanggungjawab serta berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

 

Juga hadir ialah Ahli-ahli Mesyuarat Negara; Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Ajman bin Haji Meludin; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan KHEDN, Rakan-Rakan Strategik, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta rakan-rakan seliaan dan keluarga.



Close