Manage PermissionsManage Permissions

Raih kemanfaatan Ramadan penuh berkat



Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin




 

TUTONG, Selasa, 14 Mei. - Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong kali ini menjadi tumpuan Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1440H /2019M.

 

Hadir mengetuai rombongan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Majlis tersebut juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Keriam, diikuti dengan majlis bersungkai bersama penduduk Kampung Keriam dan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah.

 

Juga hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Tutong; Setiausaha Tetap KHEDN; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; Pemangku Pegawai Daerah Tutong; Ketua-ketua Jabatan di bawah KHEDN; Pegawai-pegawai Kanan serta pegawai dan kakitangan KHEDN dan Jabatan-jabatan di bawahnya; Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong; ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Keriam serta peduduk kampung.

 

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan MPMK Berserta Rombongan KHEDN dan Jabatan-jabatan di bawahnya merupakan salah satu program kementerian bagi mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong.

 

Di samping itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian tersebut dalam meraih kemanfaatan dan pahala pada bulan Ramadan yang penuh berkat.

 

Rombongan seterusnya akan berkunjung ke Masjid Kampung Sungai Liang, Daerah Belait pada 16 Mei ini dan diakhiri pada 18 Mei 2019 di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri, Daerah Brunei Muara.



Close