Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Kesihatan teruskan aktiviti amal




Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman





TUTONG, Selasa, 14 Mei. - Kementerian Kesihatan meneruskan Majlis Bertadarus Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadan tahun ini.


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Surau As-Salam, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), di sini, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.


Majlis diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 11 orang anak yatim daripada warga kakitangan hospital berkenaan.


Majlis bertadarus ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat daerah di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan warga Hospital PMMPMHAMB.


Kelmarin, rombongan Kementerian Kesihatan telah mengadakan majlis serupa di Daerah Brunei dan Muara.


Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Abdul Manap bin Othman; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan; Pengarah-pengarah berserta pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.



Close