Manage PermissionsManage Permissions

PPDB bertahlil di Kubah Makam Diraja



Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohd. Asri Haji Awang Abas





BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 14 Mei. - Ramadan terus diimarahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkebajikan demi mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) juga menyemarakkan bulan yang penuh rahmat ini dengan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al Islam.


Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali berserta para Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota PPDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir.


Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang telah disusun bagi memperoleh keberkatan di bulan Ramadan al-Mubarak ini.



Close