Manage PermissionsManage Permissions

Berangkat sertai Majlis Bertahlil



Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin \ Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Mei. - Bersempena bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.

 

Berkenan berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

 

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan; dan Pengarah Urusan Yayasan, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.

 

Bacaan Surah Yaa Siin dan tahlil diketuai oleh Ketua Hakim Syar'ie, Mahkamah Syariah, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Juga hadir pada majlis ini, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan; Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan; guru-guru Sekolah Yayasan; juga penduduk-penduduk Rancangan Perumahan Yayasan, Kampung Bolkiah 'A' dan Kampung Bolkiah 'B'.



Close