Manage PermissionsManage Permissions

Berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja



Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja.

 

Majlis Bertahlil adalah bagi ayahanda dan bonda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Sebelum memulakan majlis, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM bahawa Majlis Bertahlil telah siap sedia dan menjunjung titah.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM menitahkan agar Majlis Bertahlil dimulakan.

 

Sejurus selepas itu, bacaan Tahlil dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang juga seterusnya membacakan Doa Tahlil dan diikuti dengan Doa Khas.

 

Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menjirus 'Aying Asah-Asahan' ke makam ayahanda dan bonda baginda, diikuti oleh paduka-paduka anakanda dan adinda baginda.

 

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, Timbalan - timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap.



DYTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara nenda DYTM.



DYTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara nenda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara nenda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara nenda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara ayahanda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara bonda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara ayahanda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara bonda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara ayahanda DYTM.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke pusara bonda DYTM.



Close