Manage PermissionsManage Permissions

Kukuhkan rakan kongsi Brunei - Filipina







BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte, kerajaan dan rakyat Republik Filipina, sempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Filipina Yang Ke-121.

 

Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai persahabatan dan kerjasama yang sekian lama wujud di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing, dan berharap dapat terus mengukuhkan ikatan selaku rakan kongsi yang penting ini di bidang dua hala mahu pun di peringkat ASEAN dan BIMP-EAGA.

 

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama dan semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan rakyat Republik Filipina akan terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berterusan.

 


Close