Manage PermissionsManage Permissions

Hargai persahabatan, kerjasama Brunei - Rusia







BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin dan kerajaan serta rakyat Persekutuan Rusia bersempena dengan Russia Day.


Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, baginda amat menghargai persahabatan yang sangat bernilai dan kerjasama yang mendalam di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing, dan berharap akan dapat terus memperkukuhkan pertalian yang penting ini di tahun-tahun mendatang.

 

Bagi mengakhiri titah perutusan tahniah tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah kepada TYT Vladimir Putin.

 


Close