Manage PermissionsManage Permissions

Kunjungan akrabkan ukhuwah Brunei - Singapura



Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

 



 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Jun. - Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, baru-baru ini menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan isteri juga rombongan di kediaman Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di Kampung Kiulap, di sini.

 

Antara yang hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 

Rombongan Tuan Yang Terutama disertai oleh Ahli-ahli Parlimen Singapura, Puan Joan Pereira dan suami serta Tuan Henry Kwek dan isteri.

 

TYT diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

 

Kunjungan ini adalah sebagai tanda penghargaan atas hubungan kerjasama, persahabatan dan persefahaman di antara kedua-dua buah negara, juga menjalinkan lagi hubungan yang sedia ada, di samping mendekatkan dan mengakrabkan lagi ukhuwah persaudaraan di antara dua buah negara.

 

Terdahulu rombongan Republik Singapura dialu-alukan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan isteri, Datin Dayang Noor Ashikin binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir.

 

Juga hadir mengalu-alukan rombongan berkenaan, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan beberapa Pegawai Kanan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 


Close