Manage PermissionsManage Permissions

Tinjau raptai perbarisan




Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Foto : Haji Ariffin Md. Noor / Morshidi

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Julai. - Raptai bagi Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sempurna dijalankan, di sini.

 

Berangkat menyaksikan raptai berkenaan, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

Juga hadir, Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Raptai Istiadat Perbarisan Kehormatan tersebut melibatkan anggota dari ABDB, Pasukan Polis Diraja Brunei, jabatan-jabatan kerajaan dan Pertubuhan Awam beruniform.

 

Turut terlibat, pasukan pancaragam ABDB dan PPDB, pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan penuntut-penuntut sekolah.

 

Sementara Pemerintah Perbarisan terdiri daripada Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Leftenan Kolonel Mohd. Roasri Erwan bin Haji Tasrif.


Close