Manage PermissionsManage Permissions

Doakan kesejahteraan baginda



Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Julai. - Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dan Jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Bertahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019 di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Awang Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan dan Bahagian juga pegawai-pegawai dan kakitangan MOFE juga jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Majlis Doa Kesyukuran dimulakan dengan Solat Sunat Hajat, diimamkan oleh Imam Masjid Ash Shaliheen, Awang Anuar bin Haji Salim.

 

Seterusnya, majlis diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan bacaan Doa Kesyukuran, diakhiri dengan Solat Fardu Asar Berjemaah.

 

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi diadakan bagi melahirkan tanda kesyukuran akan kepimpinan Kebawah DYMM, seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman juga panduan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 


Close