Manage PermissionsManage Permissions

106 terima agihan daging korban KSSUP



Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad \ Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Ogos. - Seramai 106 orang yang berhak menerima agihan daging-daging ibadah korban daripada kalangan warga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) pada Majlis Ibadah Korban 1440H / 2019M bagi kementerian berkenaan juga jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan agihan daging-daging ibadah korban tersebut, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan, di sini.

 

Juga menyampaikan daging-daging ibadah korban tersebut, Setiausaha Tetap KSSUP, Pengiran Haji Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd. Ishak.

 

Sejumlah dua ekor kerbau dikorbankan pada tahun ini.

 

Laungan takbir raya beramai-ramai memeriahkan lagi majlis berkenaan, diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Pulaie, Awang Muhd. Zakaria bin Haji Mohd. Salleh.

 

Majlis diselenggarakan bersama oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Bahagian Hidupan Liar dan Pusat Nadi Borneo Brunei Darussalam, KSSUP dan merupakan aktiviti tahunan kementerian itu.

 

Turut hadir, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; dan Awang Abdul Halidi bin Mohd. Salleh; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-pegawai Kanan; juga pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

 

Selain sebagai amal ibadah bagi para peserta yang menyertainya, ia bertujuan bagi merapatkan jalinan silaturahim juga mahabbah dalam kalangan pegawai dan kakitangan KSSUP juga jabatan-jabatan di bawahnya.



Close