Manage PermissionsManage Permissions

Kementerian Pertahanan korbankan enam kerbau, 12 ekor kambing



Oleh : Haniza Abdul Latif \ Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Ogos. - Ibadah korban merupakan ibadah sunnah yang dituntut untuk dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha pada setiap 10 Zulhijjah dan pada hari-hari Tasyrik setiap tahun.

 

Sehubungan itu, sebanyak enam ekor kerbau dan 12 ekor kambing dikorbankan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini anjuran Kementerian Pertahanan yang diadakan di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garison, di sini.

 

Para penerima merupakan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan golongan asnaf yang tinggal berhampiran dengan kawasan Bolkiah Garison juga anak-anak yatim Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Hadir bagi mengagihkan daging ibadah korban tersebut, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah; Ahli-ahli Eksekutif Pertahanan; dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.

 

Turut hadir pada majlis ini, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Berakas 'A'; Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Shahrin bin Haji Mohd. Jawie; Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Alam Kebangsaan; Pengarah-pengarah Tentera dan Awam, Penghulu Mukim Berakas 'B'; Ketua-ketua Kampung; dan penduduk-penduduk kampung sekitar Bolkiah Garison.

 

Acara ibadah korban dan aqiqah yang sama juga dilaksanakan di semua perkhemahan dan garison ABDB semenjak 10 hingga 13 Zulhijjah 1440, yang mana jumlah keseluruhan binatang ibadah korban ialah sebanyak 28 ekor kerbau dan 29 ekor kambing.



Close