Manage PermissionsManage Permissions

Tinjau perkembangan kemajuan pertanian buah-buahan tempatan



Berita dan Foto : Ihsan Faridah Ibrahim




 

TUTONG, Selasa, 10 September. - Rombongan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim dan datin; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan datin; Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad dan isteri; Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari dan isteri telah  membuat lawatan dan meninjau perkembangan kemajuan pertanian khususnya penanaman buah-buahan tempatan di Kampung Kiudang / Mungkom yang telah diusahakan oleh peladang di Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB) di Daerah Tutong.

 

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampung Kiudang / Mungkom, Awang Haji Muhammad Saiful bin Abdullah Anja, selaku Pemangku Ketua Kampung Pad Nunok; Tourism Development Manager Travelhub, Mohd Daud bin Abdullah dan Pengerusi ladang Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB ) Meriok dan Bang kiudang, Daerah Tutong, Awang Mohd Iman Safwan bin Muhd Andok. Acara berlangsung di Meriuk Farmstay, iaitu tempat penginapan di Kampung Kiudang / Mungkom.

 

Acara dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah dan Doa Selamat. Diikuti dengan penerangan ringkas dari Pengerusi ladang Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB ) Meriok dan Bang Kiudang, Daerah Tutong.


Diteruskan dengan penerangan ringkas daripada Travelhub mengenai peranan Syarikat dan menyatukan ahli-ahli peladang KPLB dan seterusnya lawatan di kawasan ladang.

 

Setelah itu, rombongan Ahli-ahli MMN menyaksikan hasil dan jualan buah-buahan seperti buah durian, buah tarap, buah nangka, buah cempedak, buah kembayau, buah pisang, buah langsat, buah mata kucing dan lain-lainnya.

 

Rombongan Ahli-Ahli MMN serta orang ramai yang hadir berpeluang menikmati buah durian suluk atau (mungkom) dari pokok durian suluk yang telah berusia lebih daripada 100 tahun dan juga buah durian yang berbagai jenis termasuk buah-buahan yang lain. Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai bersamar ombongan Ahli-ahli MMN.



Close