Manage PermissionsManage Permissions

400 kontena bubur disedekahkan



Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 September. - Bersempena dengan Hari Asyura iaitu 10 Muharram, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah mengadakan Projek Sedekah Bubur Asyura untuk diagih-agihkan kepada orang ramai yang diadakan di Ibu Pejabat PPPBD, Kampung Anggerek Desa.

 

Ia merupakan salah satu dari kegiatan tahunan persatuan tersebut pada bulan Muharram dan  sebahagian dari rangkaian kegiatan-kegiatan amal dan kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh ahli-ahli PPPBD.

 

Bertemakan "Berkongsi Rezeki Meraih keberkatan", kegiatan tersebut melibatkan penyertaan ahli-ahli persatuan dari semua peringkat di mana mereka memasak dan menyediakan sejumlah 400 kontena bubur ayam dan bubur kacang untuk diagih-agihkan kepada orang ramai terutama golongan yang memerlukan di bawah JAPEM dan juga Kompleks Rumah Kebajikan.

 

Dengan pengendalian aktiviti berkenaan, akan dapat menanamkan sikap bertanggungjawab di kalangan ahli khususnya kanak-kanak perempuan dan wanita muda dalam memastikan setiap kerja atau tugasan yang diamanahkan dilaksanakan dengan ikhlas bagi memperoleh keredaan dan keberkatan.

 

Hadir menyertai projek tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim.


Close