Manage PermissionsManage Permissions

Menerima mengadap Menteri Pertahanan Singapura



‚ÄčOleh : Khartini Hamir / Foto : Muhammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen.

 


Menyertai Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen pada Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai; dan Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan, Tuan Teo Eng Dih.

 


Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

 


Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama tiga hari bermula dari 5 hingga 7 November 2019, di mana TYT telah menyaksikan Eksesais PELICAN di antara Tentera Laut kedua-dua buah negara yang pada tahun ini telah mencapai 40 tahun semenjak ia mula diadakan.

 


Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempunyai hubungan pertahanan rapat dan sudah lama terjalin semenjak tahun 1976, yang semakin berkembang pesat dengan kerjasama di dalam pelbagai bentuk pertukaran lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan, pertukaran profesional, dan kehadiran kursus.


Close