Manage PermissionsManage Permissions

DPMM berkenan menerima mengadap



‚ÄčOleh : Aimi Sani / Foto : Masri Osman

 






BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen yang berlangsung di Qashr Al-Meezan.

 


Menyertai Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen semasa Majlis Mengadap tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan, Tuan Teo Eng Dih.

 


Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

 


TYT Dr. Ng Eng Hen dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan selama tiga hari bermula dari 5 hingga 7 November 2019, di mana TYT telah menyaksikan Eksesais PELICAN di antara Tentera Laut bagi kedua-dua buah negara yang pada tahun ini telah mencapai 40 tahun semenjak ia mula diadakan.

 


Pencapaian Eksesais PELICAN tersebut mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang dinikmati oleh kedua-dua negara secara berterusan.


Close