Manage PermissionsManage Permissions

Pupuk kesedaran bahaya dadah kepada pelajar



​Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 November. - Pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah di negara ini apatah lagi jika ia dilakukan oleh para belia yang seharusnya menjadi aset negara.

 


Sehubungan itu, Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah , di sini yang disampaikan oleh Pegawai Narkotik, Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah, Awang Haji Mohd. Eddey bin Haji Md. Zain.

 


Antara yang hadir, cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier.

 


Taklimat disertai oleh seramai 300 pelajar Tahun 3, 4 dan 5 yang mana merupakan salah satu aktiviti bagi pelajar sekolah tersebut selepas menduduki peperiksaan akhir tahun.


 

Objektif taklimat adalah untuk memberi kesedaran mengenai bahaya pengambilan dadah dan akibatnya dalam kalangan masyarakat awam, di samping membasmi dan menghindarkan diri dari terlibat dalam pengambilan dadah.

 

Close