Manage PermissionsManage Permissions

Penutup Dikir KHEDN di Masjid Ar-Rahman



‚ÄčOleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 






 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 November. - Majlis Penutup Dikir Maulud bagi Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjung Bunut, lewat petang tadi.

 


Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 


Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd. Redzuan bin Marzuki.

 


Diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan dikir yang dibawakan oleh Kumpulan Dikir Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung serta Kumpulan Dikir KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


Majlis seumpamanya diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan dengan jemaah masjid serta penduduk kampung.

 


Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan di bawah kementerian berkenaan.

 

Close