Manage PermissionsManage Permissions

Laungan dikir Kementerian Kesihatan di Masjid UBD



‚ÄčOleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 






 

TUNGKU LINK, Khamis, 7 November. - Sempena menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Tahun 1441H / 2019M, rombongan daripada Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Berdikir di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini.

 


Rombongan Kementerian Kesihatan diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

 


Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan bacaan Dikir Syarafil Anam yang diketuai oleh Ketua Bahagian Keagamaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Nor Asilin bin Haji Puting.

 


Majlis kemudiannya diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isyak Berjemaah dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 


Doa Dikir dibacakan oleh Imam Masjid Universiti, UBD, Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, manakala Doa Kesyukuran dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid UBD, Awang Haji Jufri bin Haji Hidup.

 


Terdahulu itu, majlis turut diserikan dengan kuliah bertajuk 'Tentangan Hebat Oleh Musuh Rasulullah' disampaikan oleh Awang Haji Jufri yang antara lain menjelaskan mengenai peristiwa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam semasa berada di Gua Hira.

 


Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, AwangHaji Abdul Manap bin Othman; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abd. Latif; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar & Pengurusan), Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pegawai-pegawai Kanan, kakitangan dan kumpulan berdikir kementerian berkenaan.

 


Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan warga Kementerian Kesihatan untuk terus berselawat dan memuji junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping menzahirkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda yang telah memancarkan cahaya dan roh Islam kepada umat Islam.

Close