Manage PermissionsManage Permissions

Perutusan tahniah sempena Sambutan Hari Kebangsaan UAE








BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 2 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, UAE dan His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, UAE dan kepada kerajaan serta rakyat UAE bersempena menyambut Hari Kebangsaan UAE.

 


Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, UAE, baginda berasa gembira bahawa Negara Brunei Darussalam dan UAE terus menikmati persahabatan yang mesra dan kerjasama yang bernilai, dan berharap akan terus dapat mengukuhkan pertalian persaudaraan ini bagi kemanfaatan kedua-dua buah negara masing-masing.

 


Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, UAE, baginda menyatakan bahawa Negara Brunei Darussalam dan UAE sekian lama telah menikmati pertalian dan persahabatan mesra, dan seterusnya baginda penuh percaya persahabatan yang akrab ini akan terus diperkukuhkan lagi di masa-masa akan datang.

 


Baginda mengakhiri titah-titah perutusan baginda itu dengan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, UAE, dan His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, UAE dan kerabat diraja serta rakyat UAE akan terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berterusan.

 


Close