Manage PermissionsManage Permissions

Berangkat meninggalkan Republik Filipina



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 

 



MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Ahad, 1 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat meninggalkan Republik Filipina setelah menghadiri Majlis Pembukaan Temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Kali Ke-30 di Philippine Arena, Santa Maria, Bulacan.

 


Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman baginda, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 


Juga hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab.

 


Close