Manage PermissionsManage Permissions

'Citarasa Malaysia', 14 - 21 Januari



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 

 



BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Januari. - Royal Brunei Catering (RBC) Sendirian Berhad dengan kerjasama Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia mempersembahkan Festival Makanan Tahunan Malaysia yang diadakan di Restoran Horizons, bermula 14 hingga 21 Januari dengan tema baharunya 'Citarasa Malaysia'.

 


Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya melancarkan festival makanan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi.

 


Turut hadir, Lembaga Pengarah RBC, Wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia dan tetamu undangan lain.

 


Tahun ini, Restoran Horizon menghidangkan masakan tradisional Malaysia seperti Roti Canai, Rojak Penang, Laksa Kari Nyonya, Kwey Teow Goreng Pulau Pinang, Kambing Goreng Bakar, Ayam Percik, Nasi Lemak Sambal Sotong, Teh Tarik, Ais Kacang, Ondeh-Ondeh juga pencuci mulut.

 


Pada festival itu diserikan lagi dengan Persembahan Tarian oleh Penari-penari Kebudayaan Malaysia, di mana persembahan itu akan diadakan sepanjang dua hari festival.

 


Ia juga diadakan selaras dengan Kempen Pelancongan Malaysia, iaitu Visit Malaysia 2020.

 


Sepanjang festival tersebut, 'Citarasa Malaysia' akan mensajikan beberapa hidangan terbaik dari negara-negara Malaysia yang akan disediakan bermula jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.


 

Bufet Makan Malam, berharga BND24.90 bagi dewasa, manakala BND14.90 untuk kanak-kanak.

 


Selain itu, Restoran Horizons juga akan menghidangkan Makan Tengah Hari, bermula Isnin hingga Khamis dengan harga BND14.90 seorang.


 

Bagi pemegang Kad Makan RBC juga berhak menikmati harga diskaun hingga 10 peratus semasa tempoh promosi berkenaan.

 


Untuk tempahan, bolehlah menghubungi Restoran Horizons melalui talian +673 2233400 atau melayari '@horizonsrestaurantbrunei' di Instagram juga Facebook untuk sebarang maklumat terkini dan promosi.

 


Close