Manage PermissionsManage Permissions

Peletakan batu asas rumah milik Baitul Mal



‚ÄčOleh : Noraisah Haji Muhammed / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 




MUMONG, Khamis, 13 Februari. - Pembinaan rumah daripada Badan Tanmiah Harta, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) merupakan salah satu daripada pelan strategik pelaburan badan tersebut, bertepatan dengan misi, bagi maksud menjana pendapatan tetap yang menjurus kepada pembangunan sosioekonomi umat Islam di Negara Brunei Darussalam.


 

Badan Tanmiah Harta, MUIB hari ini mengadakan majlis peletakan batu asas bagi pembinaan rumah dua tingkat di atas tanah milik Baitul Mal, Kampong Mumong.

 


Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku Naib Yang Di-Pertua MUIB dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta, MUIB.

 


Menurut Penolong Pengurus Badan Tanmiah Harta MUIB, Mohammad Zul Fadhli bin Haji Mas Hood ketika ditemu bual, insyaaAllah di masa akan datang, pihak Badan Tanmiah Harta MUIB akan meneruskan membuat pembangunan pembinaan bangunan dan perumahan-perumahan.

 


Jelasnya, ia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan perumahan saja, pihak mereka juga akan cuba membuat binaan yang di luar kebiasaannya dan akan mencuba mencari pelaburan berbentuk lain.

 


Bangunan yang dibina itu dijangka akan siap dalam masa sembilan bulan mengikut pasaran semasa, yang mana akan disewakan kepada pihak-pihak yang berkeinginan untuk menyewa dengan hasrat untuk membantu dan dalam jangka masa panjang, akan memberikan pulangan yang baik.

 


Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Badan Tanmiah Harta MUIB, Pegawai-pegawai Kanan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pemangku Pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan Badan Tanmiah Harta MUIB.

 


Close