Manage PermissionsManage Permissions

UBD - KBRI kukuhkan kerjasama pendidikan



‚ÄčOleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Hamzah Mohidin

 




TUNGKU LINK, Khamis, 13 Februari.- Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini menerima sumbangan buku koleksi Indonesia daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam.


 

Sumbangan tersebut bertujuan untuk memperkayakan literasi kepada masyarakat akademik di Brunei, di samping memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara.

 


Sumbangan buku disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia di negara ini, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko kepada Naib Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz di UBD Business Library.

 


Antara 50 koleksi buku yang meliputi pelbagai topik yang berkaitan dengan negara tersebut iaitu kesusasteraan, masyarakat dan budaya, bahasa, sains dan persekitaran, ekonomi, sejarah dan undang-undang.

 


TYT Dr. Sujatmiko semasa berucap menyatakan hubungan dua hala yang sangat erat di antara kedua-dua belah pihak telah lama terjalin terutama dalam bidang pendidikan.

 


Menurutnya lagi, UBD juga bekerjasama dengan Universitas Indonesia, Institut Teknologi Bandung, Universitas Airlangga dan Universitas Gajah Mada di bawah Rangkaian Universiti ASEAN (AUN) dalam akademik dan penyelidikan termasuklah dalam program pertukaran kakitangan dan pelajar melalui Program UBD Discovery Year.

 


Sementara itu, di bawah Konsortium Rangkaian Kajian Borneo (BSN) pula, sekretariatnya kini katanya dipegang oleh UBD dan UBD terus bekerjasama dengan sembilan peneraju terkemuka Indonesia di Borneo dalam bidang akademik dan penyelidikan yang berkaitan dengan kajian Borneo.

 


Close