Manage PermissionsManage Permissions

Peserta PSLI terima sijil



​Berita dan Foto : Muhammad Akmal Haji Ali

 




TEMBURONG, Khamis,13 Februari. - Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah (PSLI) Negara Brunei Darussalam kali pertama bagi tahun 2020 hari ini diteruskan lagi bagi hari keenam, iaitu hari terakhir program diadakan.

 


Setelah menjalani pelbagai perisian program termasuklah beberapa siri aktiviti, lawatan dan ceramah, Program Perkampungan Sivik menutup tirainya malam ini dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada 15 peserta Program PSLI Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Resthouse Pekan Bangar, Daerah Temburong.

 


Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Penerangan selaku Penasihat Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam kali pertama bagi tahun 2020, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.


 

Turut hadir Pemangku Pegawai Penerangan Kanan selaku Timbalan Pengerusi Program, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Awang Yahya.

 


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan Doa Selamat yang diketuai oleh Muhammad Qutbul Islam bin Haji Suhaimi.

 


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Peserta Program PSLI Negara Brunei Darssalam kali pertama bagi tahun 2020, Nurhasif bin Mohamed Hussaini dan diikuti pula dengan Penyampaian Sijil kepada para peserta program daripada Pemangku Pengarah Penerangan selaku Penasihat Program PSLI Negara Brunei Darussalam kali pertama bagi tahun 2020.

 


Peserta PSLI merupakan bakal pemimpin yang akan meneruskan survival bangsa dan negara. Sejajar dengan perkembangan, mereka perlu diberikan kefahaman dan maklumat mengenai falsafah, aspirasi dan matlamat negara agar nanti dapat mengimbangi pengetahuan akademik dan peluang pekerjaan yang lebih mencabar.

 


Program ini akan menjadi salah satu platform bagi mempersiapkan para peserta khususnya lepasan-lepasan ijazah mengharungi pelbagai cabaran masa depan dan mempersiapkan diri sebagai generasi berwawasan, berkualiti, memiliki kemahiran yang tinggi serta mampu berdikari tanpa mengharap bantuan orang lain.  

 


Close