Manage PermissionsManage Permissions

Menteri Pertahanan Kedua terima kunjungan hormat



​Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan

 

 



BERAKAS, Jumaat, 14 Februari. - Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Tuan Reed Werner, pagi tadi.

 


Semasa kunjungan tersebut, Menteri Pertahanan Kedua telah berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Reed Werner atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan yang berkuat kuasa di sekitar penghujung tahun 2019. Kedua belah pihak juga telah mengesahkan hubungan pertahanan yang teguh antara kedua buah negara, dengan pelbagai bidang kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang terjalin termasuk pertukaran lawatan, latihan tentera dua hala, peluang latihan serta penglibatan Amerika Syarikat dalam beberapa platform berbilang hala di rantau ini, termasuk ASEAN Defense Ministers' Meeting-Plus (ADMM-Plus).

 


Terdahulu, Tuan Dr. Joseph H. Felter III yang sebelum ini menjawat jawatan tersebut telah berada di Negara Brunei Darussalam pada bulan Julai 2018. Sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara, Tuan Reed Werner bertanggungjawab sebagai penasihat bagi kepimpinan pertahanan Amerika Syarikat dalam perkembangan dan pelaksanaan dasar pertahanan, strategi dan perancangan di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

 


Close